Cara buat Manicure sendiri di rumah | ☆ Built for Sins™☆
nak pergi mane tu?
Dashboard | Follow

20 June 2013

Cara buat Manicure sendiri di rumah

Jari jemari cOmel Cik adinda Obey-bie yang menari atas key-bOard tepat jam 7:00 PM | 5 Comment

Manicure adalah sejenis rawatan pada kuku jari tangan yang sering 
dilakukan oleh para wanita.. tak lupa jugak kat kaum lelaki pun sekarang ni 
dah ramai yang tahu dan suka buat rawatan kuku ni... percaya atau tak, kalau kita buat
 manicure kat salon atau spa, harhanya memang mahal.. kadang2 sekali rawatan je dah 
melayang duit lebih kurang RM100++.. kalau kita setakat nak kuku cantik skali skala tu,
takpe kan? tapi bila dah jadi rutin nak cantikkan kuku ni, lebih baik cuba sendiri..
sebab itu pun yang jie buat heheh :) kos nak buat sendiri pun lebih murah...
kadang2 rasa macam susah je nak buat sendiri tapi hanya dengan sdikit kesabaran, 
kita pun mampu buat kuku kita lawa, gojes, cuns2 tau!!! jom cuba!!

Bahan dan alatan yang perlu disediakan :
Nail filer 
  • Tuala saiz sederhana yang bersih.
  • Besen kecil atau bekas untuk diisi air.
  • Cuticle stick
  • Nail Buffer
  • Minyak zaitun (kalau boleh guna yang ori *untuk masakan)
  • Minyak kelapa *kalau takde minyak zaitun, ganti dengan minyak kelapa.
  • Sabun Bayi
  • Lotion tangan/badan
  • sedikit gula *buat scrub

Cuci tangan korang dengan sabun bayi dan pastikan bersih dibahagian bawah kuku korang tu,, 
 buang kotoran yang ada pada bawah kuku... Potong kuku ikut saiz dan bentuk yang korang nak dan
haluskan hujung kuku dengan nail file...
Bentuk-bentuk kuku
1. Rendam tangan dalam besen berisi air panas selama 5 minit. *make sure korang campur sikit air sejuk.. tujuan rendam tangan adalah untuk melembutkan kulit cuticle korang supaya mudah nak tolak naik..

 2. Campur sedikit gula dengan minyak zaitun / minyak kelapa dan mula scrub tangan korang yang cuns tu perlahan lahan.. hehe :D  tujuan scrub adalah untuk membuang sel kulit mati. *utamakan kawasan kuku jari... selesai je scrub, bilas tangan dengan air bersih dan lap dengan tuala bersih.

 3. Tolak cuticle kuku naik ke atas sehingga dapat membentuk kuku yang cantik..
   4. Gunakan nail buffer untuk menghaluskan permukaan kuku dan mengilatkan kuku secara semulajadi.. *hanya dengan satu arah!!ikut step yang tertera di nail buffer tersebut tau!! jangan guna nail file pada permukaan kuku okay!nail file adalah untuk membentuk hujung kuku sahaja!
 5. Scrub semula tangan korang dengan campuran minyak dan gula tadi, bilas dan lap sehingga kering. sapukan lotion pada tangan dan gunakan nail buffer *bahagian Shine dan kilatkan kuku anda sekali lagi.. SIAP!!
hasil kuku yang siap buat manicure

5 budak comel :'):

Ain Nia said...

x fhm la..

❤ Cik adinda Obey-bie ❤ said...

@Ain Niaape yg awak tak fhm??

fiza said...

wahh mcm best je..nak try la ^_^
Tadi dh beli nail buffer tu..kikiki.kalau basuh dgn sabun biasa xleh eh? xde la pulak sabun baby kat umah tu :p

❤ Cik adinda Obey-bie ❤ said...

@fiza sabun baby lebih lembut.. hehe.. sabun biasa boleh tapi tak sesuai sgt la

Intan 김종국 said...

Nail buffer nk beli kat mAne??

Instagram