cara buat French Manicure sendiri.. | ☆ Built for Sins™☆
nak pergi mane tu?
Dashboard | Follow

21 June 2013

cara buat French Manicure sendiri..

Jari jemari cOmel Cik adinda Obey-bie yang menari atas key-bOard tepat jam 3:22 AM | Comment
French Manicure tu kuku yang di warnakan hujungnya dengan warna putih.
asal nya sebenarnya masa zaman dulu ada director untuk sebuah film yang nak tayangkan film dia kat tv,
tapi nak cari jenis kuku yang terlihat macam dah dapatkan rawatan di salon...
tapi jenis kuku tu nak kena match pulak warnanya dengan pakaian2 yang deorang tukar-tukar tu...
maka terhasil lah idea "FRENCH MANICURE" yang nampak lebih natural gitu..
nak tahu cara mudah buat sendiri ke? jom jie kongsikan.....

 1. Firstly, sediakan bahan2 buat french manicure seperti gambar kat bawah ni...
  • Top coat *quetex warna jernih
  • French colour *Quetex warna sheer pink / pink lembut  atau soft peach 
  • White tip *quetex warna putih untuk hujung kuku..
  • Guide sticker *kalau xde, selotape / pita lekat pun boleh..
 2. lepas cukup semua bahan tu, baru lah start buat manicure tangan untuk hasil yang terbaik..
tak tahu cara? boleh usha SINI .. lepas tu, boleh lah start sapukan base coat kat kuku kuku cuns korang..
*Quetex warna jernih.. dan biarkan sehingga base coat tu kering dulu yaww :) 

 3. lekatkan guide sticker pada pangkal kuku kuku korang contoh macam gambar kat bawah nie,
 4. lepas tu boleh dah mula warnakan hujung kuku korang dengan warna putih pulakkk :D
biar sampai warna putih tu betul2 kering tau!! baru boleh tanggalkan guide sticker tu...

 5. step seterusnya, warnakan seluruh kuku dengan warna PINK yang khas untuk buat french manicure tu..
bila dah siap, biarkan kuku kering dahulu dan sapukan top coat pulak supaya warnanya tahan lebih lama..

okay lah, tu je yang mampu jie kongsikan, tips mudah.. :)




0 budak comel :'):

Instagram