tips: 7 cara mudah atasi kekecewaan | ☆ Built for Sins™☆
nak pergi mane tu?
Dashboard | Follow

05 January 2012

tips: 7 cara mudah atasi kekecewaan

Jari jemari cOmel Cik adinda Obey-bie yang menari atas key-bOard tepat jam 11:42 PM | Comment
Assalamualaikum. .
ade tak antara korang yang pernah putus cinta??
(*okay apa jie merepek nih?
majoriti dari korang mesti pernah kan? :') 
sakit hati?? benci?? geram?? sabar jap. . 
semalam jie terima satu "es em es" dari seorang membe. . 
esemes tersebut merupakan esemes yang kiranya nak mengadu lah dia putus cinta tu. . 
malam ni pun jie tengok news feed kat  pun ramai yang update pasal yang sama. . 
sedih, gembira, sakit hati, suka, manja, kelakar. .
semua status tu atas dasar yang sama iaitu CINTA! 

dah jadi adat bercinta. . putus aje mengamuk lah merajuk sakan lah ala2~ hindustan je. .
ye lah, bayangkan je orang yang kawin dan ada ikatan yang sah pun boleh berpisah. . 
inikan pula pasangan kekasih yang tiada apa-apa ikatan? lebih mudah nak berpisah. . ye idak? 
dengan hanya satu sebab dan alasan perpisahan, cinta itu dah tak seindah yang mereka impikan dari awal. . 
atau dari erti kata yang lain, cinta semakin hambar. . 

pada jie, cinta ni sangat aneh. . kadang ia merumitkan. . cinta datang tanpa paksaan. . 
dan ia pergi pula tanpa ada kerelaan. kita selalu dengar orang cakap cinta pada seseorang tu
hanyalah sementara. . berbanding cinta kita yang kekal kepada-Nya. . kan?

sesetengah orang pulak cakap kita perlu benci pasangan kita tu bila putus cinta. .
menulis perkara pekara yang buruk dari dia. . tapi bagi jie itulah satu kesilapan besar. .
perasaan benci cuma akan buat korang lebih ingtkan dia. . benci tapi rindu. .
kan? ingatkan diri kita. . tak perlu lah nak benci benci lagi. .
sebab yang buruk semua dari kita. . yang baik datangnya dari allah s.w.t~
walaupun kita dapat ujian yang berat. . tapi pasti ada hikmah di sebaliknya. .

jie pasti ada di antara kita yang pernah alami situasi macam ni. . ye dak? 
korang jangan lah sedih sedih. . dan jangan pulak korang sesali sesuatu perhubungan tu. . 
dan kita tak boleh undur masa. . relax. . 

ketahui lah bahawa :
memang ALLAH sengaja temukan kita dengan orang yang tak serupa dengan kita supaya
kita jadi penilai yang baik. . 

memang ALLAH tu sengaja temukan kita dengan orang yang tak sama pemikirannya
dengan kita supaya kita sedar yang kita cuma makhluk yang perlukan pertolongan Nya~ 

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tak faham tentang keadaan diri kita
supaya kita dapat KASIH SAYANG khas untuk diri kita. . 

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan. . 

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA. .

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH. .

akhir sekali jie nak cakap yang memang ALLAH sengaja temukan kita dengan orang yang 
sombong riak bongkak agar kita sedar bahawa HIDUP DI DUNIA TAK SENTIASA BERNASIB BAIK. . 

jie ade sertakan 7 tips untuk korang yang baru putus cinta tu. . 
harap dapat bantu korang ye. . tips nie dari mama jie. . 
Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa. .
Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih. .
Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh buat korang happy dan rasa sedih tu hilang. .
jangan menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif. .
Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan kawan. .
Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat. .
Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa korang contohnya taman tasik. .
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.
Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

0 budak comel :'):

Instagram