coretan rindu dari aku. . 050112 | ☆ Built for Sins™☆
nak pergi mane tu?
Dashboard | Follow

05 January 2012

coretan rindu dari aku. . 050112

Jari jemari cOmel Cik adinda Obey-bie yang menari atas key-bOard tepat jam 12:09 AM | Comment
rindu itu datang lagi
menyapa diri di kala sepi
melakar rasa di lubuk hati
wahai rindu mengapa menghimpit hati?

andai aku tahu ini rasa rindu
merindui si cinta hati yang dikasihi
menyayangi dia sepenuh hati
aku pasti mencari rindu itu dari dulu lagi

akan aku simpan rindu ini
terjalin rapi di tangkai hati
biar tersemat kukuh tidak berlari
merungkai segala kekeliruan hakiki

aku ingin engkau disini
menemani saat aku sepi
aku rindu setengah mati
tanpa kau di sisi

kadang aku lelah
kadang aku sedar
sakitnya menahan rindu
indahnya rasa rindu
aku hanya ada kamu
aku rindu
siapa yang mampu menahan rasa rindu?
jie rasa tidak ada kan?
manusia yang hidup dibelengu rasa rindu hanya mampu pasrah. .
tidak mampu berkata apa apa. . kerana rindu itu hadir
tak dapat di duga bila. . dan dimana. .

0 budak comel :'):

Instagram